February 4, 2011

l.u.r.v.e

Cinta didambakan setiap insan. Tidak kiralah cinta itu dilihat dari sudut apa sekali pun. Perasaan ingin dicintai dan mencintai pasti akan subur di hati. Tidak keterlaluan jika dikatakan dengan cintalah, menusia mampu menggapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Cinta umpama titian yang membawa manusia ke jalan sebenarnya. Dengan cinta, manusia akan jadi hebat dan kuat. Percaya pada cinta kerana di situ ada azimatnya!

Cinta sejati sukar dicari dan dimiliki. Bersyukurlah sekiranya kamu pernah dianugerahkan rasa cinta itu. Kadang-kadang kerana ketaksuban dan keinginan terhadap cinta yang lain, insan sanggup meraba-raba dalam pencarian. Sedangkan cinta yang sebenar telah berada di depan mata namun langsung tidak dipandang. Akhirnya, begitulah cinta… dipersia dan menderita! Alangkah ruginya kerana tidak menikmati keindahan cinta dengan setulus hati hanya kerana kesilapan kecil yang membelenggu diri.

Cinta amat mahal takrifnya. Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahir. Kerana, cinta itu adalah tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran yang bersatu di dalamnya. Ingatlah pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu. Cinta itu takkan hadir jika tidak dicari. Cinta juga takkan ada kalau tiada siapa yang memberi, tetapi mencari biarlah pada yang sudi. Bukan meminta pada yang simpati. Itulah erti sebenar cinta yang suci dan sejati…

*diambil dari luahan hati seseorang....

No comments:

Post a Comment

Sexy Red Lips