May 8, 2015

KAU yang ku cari



Langkah kakiku laju. Tawaku riang, tetapi ada yang kurang.
Apakah?

Tuhan memberikan aku kesenangan.
Tuhan memberikan aku kehidupan.
Tuhan berikan aku sahabat dan keluarga?
Apakah yang kurang?

Aku termangu. Berfikir.Tuhan?
senang bibir menutur. Senang otak berkata.
Tetapi adakah aku mengerti.

Aku tahu Allah tuhanku. Sejak dari kecil aku diajar mengenali. Mengikut segala apa yang diajar oleh guru mengenai-Mu dan meninggalkan apa yang kau tidak sukai.

Kini aku semakin dewasa. Bukankah sepatutnya akal fikiranku kian matang?

Baru ku sedari. Aku kian jauh darimu. Semakin selesa membuat perkara yang kau murkai.
Aku bagai lupa siapa Kau padaku. Aku pernah meninggalkan-Mu, tapi Kau tidak meninggalkan aku. Malah melindungiku tanpa rasa jemu. Memberikanku nikmat tanpa benci. Bukankah bisa sahaja kau berhentikan denyutan agar organ dalaman ku tidak berfungsi.

Tetapi kau tidak melakukan. Malah kau sentiasa memberikan aku peluang. Peluang dan terus peluang merasa nikmat. Nikmat dunia yang mengkhayalkan.

Kau menguji ku. Ahhh aku mengeluh memarahi takdir yang datang kepadaku.
Kau menguji ku. Ahhh aku leka dengan dunia manusia.
Tetapi kali itu, kau uji aku. Hingga aku rasa takut untuk kembali bangun dan melangkah. Pelik.
 Hatiku tidak memarahi takdirku, malah membuka mataku atas segala nikmat-Mu.

Aku kembali termangu. Ini yang ku cari. Tuhan… Allah!

Aku kembali perlahan mendekatkan diriku. Membaca ayat-ayat cintamu. Dengan ikhlas melakukan perkara wajib agar aku sentiasa dekatmu. Sujud supaya aku sentiasa merasa seperti usapan lembut dari-Mu. Tenang.

Aku kembali termangu. Melihat diriku di cermin.

Kau tahu apa yang diwajibkan keatas-Mu wahai wanita. Sama ada kau rela atau terpaksa, kau tetap harus lakukan.

Ahhh… kalau terpaksa tiada guna.

Tapi bukankah terpaksa membawa kerelaan?
Jika terus menunggu kerelaan, sampai bilakah?

Dengan nekad aku mengikuti apa yang Kau wajibkan keatasku wahai Cinta Hati! 
Dengan hati yang meminta ketabahan serta kesabaran dariMu. 
Aku nekad!
Sexy Red Lips