Hi eberybedy!
Tengok tajuk jep dah macam telan peria campur dengan kopi tanpa gula, kan?
Aku saja jep nak bagi korang tips ni. Yer la zaman sekarang bukan senang nak carik boys yang betul-betul cintan tahap beruk dengan kita. Kalau korang tak kisah pasal si dia ada boys lain atau tak, nak baca boleh, tak nak baca pun boleh... Mayang tak keysah! hehehe. Sebab Mayang sendiri pernah rasa macam mana ditipu mati-mati.. hehe
1. Sikit-sikit nak Gaduh!
Dengan situasi sebegini, boys mempunyai alasan untuk marah pada korang dan mempunyai alasan kukuh kenapa hatinya mula berpaling kepada girls lain. Kononnya, tidak faham each others! Memang terbaiklah!
2. Masa Bertemu : Terlalu Singkat
Sedangkan you all hanya berpeluang untuk berjumpa seminggu sekali. Itu pun semasa weekend. Takkan, si dia tak rindu? Time korang tengah jumpa dia, mulalah dia bagi alasan Mak suruh balik cepat la, Kucing dia sakit so kucing tu perlukan penjagaan rapi la, and bla bla bla.... (kira ni cinta Monkey jarak jauh la ni)
3. Ada-ada aje yang tak kena
Dulu, kalau you all pakai apa je, gerenti si dia akan puji tinggi melambung macam bangunan KLCC tu. Tapi sekarang, semua yang pada you all mesti tak kena. Terutama penampilan korang. Contoh gaya pakai tudung/rambut, pakaian, kasut and juga beg tangan. Semua tu macam langsung tak kena dengan diri you all. Padahal you all tengok penampilan you all macam biasa jep dari dulu sampai sekarang. Maklumlah dah ada yang baru, mata dan hatinya sudah tertumpu pada keindahan yang lain.
4. Menjadi Gelabah
Kalau selalu si dia keluar dengan you all handphone mesti silent. Apabila si dia lupa silentkan phone, dia mulalah menggelabah atau cuak semasa menerima panggilan telefon. Sama ada si dia akan menjauhkan diri dari you all time menjawab, atau dia reject. Tidak pun si dia akan biarkan saja phone tu. Bila korang tanya siapa, pasti si dia akan cakap panggilan tak penting. Yang paling selalu, si dia akan cakap 'Call daripada parents!".
5. Susah Dihubungi
Kalau dulu you all tidak boleh dipisahkan walau sesaat pun, 24 jam pasti telefon you all berdering punya lah. Sms ataupun call. Tapi sejak akhir-akhir ni, kadang-kadang si dia tidak mengangkat telefon. Membalas SMS pun mengambil masa yang lama. Kira lain daripada dulu, time mula-mula korang bercintan!
6. Bertukar Kerjaya sebagai Polis Pencen
Sekarang ni rasanya nak tercabut rambut you all akibat pening menjawab setiap soalan daripada si dia yang nak tahu segala aktiviti you all. Si dia jugak dah mula kongkong hidup you all supaya tidak keluar bersama kengkawan di shopping complex. Kononya cemburu. Takut you all di usha oleh mamat-mamat yang turut lepak dekat shopping complex tu. Huh taik kucing plus taik lembu betul alasan si dia tu. Sebenarnya si dia tak nak aktiviti keluar dengan awek baru terkantoi kat depan you all.
7. Salah sebut nama
Time berbual dengan korang, ntah macam mana mulut si dia tersasul nama girls lain. Jika sekali boleh diterima, tapi sudah berkali-kali sampai naik kering taik telinga korang mendengar. Bila ditanya siapa, si dia akan menjawab "Adik sedara yang rapat dengan saya" , "Adik saya yang belajar kat luar negara tu" , bla bla bla... Amboi! banyak yer kelentong! kalau dah macam ni, patut dicurigai. Ataupun terus jep angkat kaki dari hubungan tu.. Huhuhu
8. Tukar Password
Ada segelintir couple, mereka tak keysah langsung berkongsi pasal password facebook / twitter. Tetapi sekarang, apabila korang nak login, ERROR!!! Ternyata si dia sudah tukar password. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan. Kalau you all tanya, macam-macam alasan zaman jepun di kasik yer!
9. Kata Hati
Seorang girls sememangnya dilahirkan dengan kata hati yang kuat. You all boleh perasan perubahan yang berlaku dekat boys tu walaupun seciput. Saat si dia berubah, you all mula curiga. Percayalah, firasat you all selalunya tidak pernah salah. Kerana itu kita digalakkan percaya pada kata hati!
10. Layanan Tawar & Cepat Sentap!
You all sedaya upaya mewujudkan suasana sweet seperti melukis di tangan ' I still miss u here' dan tunjukkan kat boy tu. Then, boy tu just jawab 'So?'... Fuhh! Rasa macam nak campak gaung jep mamat sekor ni. Bikin hati panas! Tetapi kalau si dia tak apa pula, cuba kita yang girls ni cakap 'so?' bila dia tunjukkan tapak tangannya yang tertulis perkataan sweet, pasti si dia sentap habis!
# Ini hanyalah sekadar pesanan untuk girls-girls yang kat luar sane! Sekarang ramai girls yang ditinggalkan macam tu jep oleh si boys. So, Mayang tak nak la kalau you all yang cun-cun ni ditinggalkan mereka macam tu jep. Biar kita yang girls ni angkat kaki dulu and say Good Bye la Bro! Okeyss?!!!